Saturday 10 November 2012

Apa Yang Perlu Anda Tahu?

 (T&C 6)


1. ORDER STATUS

Walaupun saya telah kod kan harga pada produk jualan saya, namun tidak semestinya barang tersebut available, semuanya adalah "subject to availability".  Mungkin harga pasaran telah naik atau tiada stock. Apapun, saya akan menghubungi anda semula sekiranya barang yang di order telah kehabisan stock yer.


2. POLISI PEMULANGAN

Jika terdapat barang anda retak, pecah atau tidak seperti yang dinyatakan, hubungi kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan barang. Kami akan uruskan masalah anda sebaik yang mungkin secara berhemah. Setelah lebih daripada 3 hari, haraf maaf, kami tidak lagi dapat membantu anda.


3. WARRANTY

Perkara ni saya minta maaf terlebih dahulu. Tiada warranty bagi produk yang dibeli di SUK unless sekiranya terdapat International Warranty termasuk di Malaysia, mungkin bagi sesetengah produk. Walaupun tertulis contohnya 10 year warranty pada produk tersebut, agak mustahil untuk dibawa semula ke UK sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Memandangkan anda membeli barangan dari jenama yang bagus, semoga item yang anda beli juga berkualiti tinggi. BERKUALITI dan MURAH :)


4. CANCELLATION

Selagi saya tidak membeli barang yang anda Order, anda boleh cancel atau tukar ke lain produk bila-bila masa sahaja. Tetapi once saya dah beli, minta maaf banyak-banyak, CANCELLATION tidak dibenarkan lagi dan deposit 50 % akan burn sekiranya anda gagal atau tidak mahu membayar 50 % baki.


5. USHA-USHA DULU REAL PRODUK DI MALAYSIA SEBELEM MENG"ORDER"

Saya amat menggalakkan tuan/ puan untuk berwindow shopping di Malaysia seperti di SOGO or BANGSAR VILLAGE or KLCC ker untuk meninjau2 produk yang ingin dibeli. ALmaklumlah nengok gambar semua cantik. Takut2 biler sampai kat rumah..hmm..baru rasa kenapa kecik sangat? tak sama dalam gambar la! Saya jugak yang susah nanti :)


6. KENAPA LAMBAT REPLY EMAIL? RISAULA!!

Ha! Jangan risau jika saya lambat reply email. Saya tak lari! Saya akan cuba reply email dalam masa 24 jam. Begini ceritanya. Saya ni PhD Student yang sangat suka berniaga. Berniaga dan bershopping (secara tak langsung) adalah terapi stress yang paling mujarab untuk saya :). Saya akan aktif untuk SUK selama 2 jam sehari iaitu pada 6 - 7 am dan 6 -7 pm (Waktu Malaysia) dan waktu-waktu lain mengikut kelapangan :).





No comments:

Post a Comment